Sabtu, 22 Januari 2011

*gulp*

mode : cuak

kehilangan one of the most precious things in your life adalah sangat mencuakkan T.T actually aku yakin serta confident dengan positivenya yang barang tu belum hilang, it's just that aku dah misplaced it somewhere on earth [haha on earth camana kau nak cari saliza oi]

sedang gigih mencari ni,tapi masih tak jumpa,it has been a few weeks jugak,masih tak jumpa, so sekarang meter cuak tu memang dah sampai yang paling atas.

confuse di buatnya.samaada nak beli yang baru supaya boleh berlakon yang benda tu takpernah hilang [tapi mahal tu weiii adeiii] atau nak take the fact yang benda tu dah hilang and live with it,tunggu sampai benda tu timbul dengan sendirinya -.-''

confuse & ketakutan.

maceh.

Khamis, 6 Januari 2011

2011 has come!

ohmygod, sudah new year! sudah 2011! (sudah 6 hari melepasi 2011 sebenarnya) *gulp*

Isnin, 29 November 2010

terlalu bahagia

hari ini saya cuti
wuhuuu cuti sangat best ok.mental ke cuti tak best? tapi sebenarnya dalam masa meng'embrace' keseronokan cuti hati ni gundah gulana memikirkan apa yang berlaku di office.harap-harap semuanya ok-ok fuh.
kelihatan sangat berdedikasi terhadap kerja macam ni kan? ;)

Ahad, 14 November 2010

no no no.not again.

huh! this weekend has been the worst weekend ever. and this promotion thingy have been the most unwelcomed ever. yes.it has been 6 months or more since the day i was transfered from muar to..here.effect from this, i cannot go back to my mother's in every weekend since i'll have to stand by for duty.bleeergghhhh! i've submitted the transfer form last september yet there is still no reply from the HR department and tell you what i'm looking for a new job! (kalau nak baca ni kena baca laju-laju baru dapat effect orang tengah marah.kalau tadi baca dengan kadar perlahan.please read again dengan kadar laju.baru boleh feel.hehe) to make thing worse (tadi dah worst.ini tambah lagi worse.so super duper worse) bila dah stand by macam ni.duduk kat rumah sewa termenung sensorang macam ni selama 2 hari,2 HARI termenung ok,maksudnya tu bukanlah betul-betul termenung selama 48jam secara berterusan,dulu belajar bahasa melayu tajuk perumpamaan kan?haa ini masa untuk apply the knowledge ;p ok get back.dah termenung selama 2 hari ni ingatkan ada la machine jam ke cash stuck ke apa dipanggil duty.but so bad.tak panggil duty pun.great.so there goes my weekend.life is too short to be wasted like this tahu tak?

ishhh geram betul.kerja makan gaji macam ni lah kan?kalau boleh buat business sendiri best jugak.business apa ya?

lonely tour de jusco


sambung semangat blogging semalam haha boleh macam tu? food hunting alone malam semalam agak menarik sebab belum pernah food hunting di jusco selama di melaka ni (tak lama mana pun sebab baru 3 bulan) sebelum ni pergi ke jusco dengan perut kenyang so kononnya boleh burn some fats kalau jalan-jalan tanpa hala tuju di jusco ;) well, kenapa saya pilih jusco?sebab tersangat dekat dengan rumah takes less than 10mins to reach.pandai tak saya cari rumah?
banyak juga tempat makan yang first time saya jumpa. salah satu yang agak menarik is the Garden Recipe. kiut sangat restaurant ni.tapi menu dia kurang kiut menyebabkan saya cross Garden Recipe.



dan lagi satu yang menarik hati is this shop that seels cheese tart of various flavours.weee dah test dah memang sedap.rasa-rasanya ini cheese tart aniazizah yang saya makan hari tu. bestbest.lepas ni kalau tension dah dapat one spot yang mmpu membantu untuk merelease tension ;) sorry nama kedai dah lupa -.-''



pusing punya pusing last-last decided untuk makan di...




sebab teringat curry meenya yang nyummiee





sebelum makan plannya nak cari tempat makan.makan.dan balik.tapi bila dah kenyang.tenaga dah banyak rasa macam nak exercise pula.cehhh 'exercise' ok.bila dah round satu ground floor rasa tenaga banyak lagi ni,rugi kalau tak gunakan tenaga yang ada ni sebab kalau balik komfem online sekejap lepas tu terus matikan suis otak.ohh ok,boleh round first floor pulak.
bila dah sampai first floor ni ada dua kedai yang wajib saya masuk.kedai-kedai yang kalau saya sampai di jusco mesti rasa gatal nak masuk walaupun tak ada apa nak beli

1) POPULAR book store

memang dah tak ada apa nak beli sebenarnya,tapi disebabka dah masuk gatal jugak tangan ni,so beli a note book (70sen) & card holder (rm1.20) total = rm1.90 time spent = >30mins

haha


2) the LOVELY LACE


this is another cute store which sells cute english-style stuffs. all sorts of things lah, picture frames, clocks, kasut kanak-kanak, flowers, flower pots, signages, cactuses, key chains erggghhhh banyaakk dan kiuuuuutt.

berjalan punya jalan sampai 11.30 pm jugak huhu ok tenaga dah nak kering boleh balik rumah. masa on the way to exit jusco ternampak ini




whutt?? nampak tak?? GSC coming soon? memang before ni taka ada cinema dalam jusco.pandai betul diorang ni nak mengabiskan duit aku kan.

Sabtu, 13 November 2010

semangat yang tertangguh.

aduh..dah la dah sangat lama tak update blog.time semangat nak update sampai time tu la perut berdondang sayang kebuluran.sambung blogging lepas makan lah macam ni.

mari ke jusco mencari makanan.tapi nak makan apa ya?


nasi ayam penyet? wah




atau tomyam? weeeeeeeeeee my favourite.tapi mana nak dapat tomyam sedap kat sini?
khuatir kalau-kalau menghampakan.time kebuluran ni kalau dapat satu dish yang sangat sedap macam gambar bawah ni.. waaaahh ^^



atau KFC? my favourite juga :) all time favourite.selalunya kalau rasa dah sangat give up tak tau nak makan apa,akan terus ke KFC,komfem tak frust


atau kenny rogers??? waaaahhh dah takleh tahan tengok gambar bawah ni..dah dah nak gi makan




Ahad, 10 Oktober 2010

huh?

waaaaaaarrrrghhhhhhhhhh it's already october!
so much to think,so little time.
makanya
FOCUS! FOCUS!!

Isnin, 20 September 2010

kembali bertugas

setelah 11 hari cuti besok tibalah masanya untuk masuk ke office balik T.T eh syioknya cuti.mampu ke nak bangun awal besok ni?nak bangun awal tu tak ada masalah sebab memang selalunya bangun subuh 6.30..masalahnya is nak bangun terus menerus bangun.mandi dan terus ke melaka.sebab selalu lepas solat subuh settle mesti ambil kesempatan tidur semula -_-'' nak kena mintak emak buatkan bekal air coffee 1 termos.oh penggunaan tenaga emak bukan sebab diri sendiri malas nak buat coffee tapi coffee hasil tenaga emak lebih enak.ehehee.lepas tu nak minum pun sayang sebab emak buat kan.sampai ke tengahari tak habis sebab minum sikit-sikit je.kalau boleh nak simpan sampai seminggu.pastu next week mintak emak buat lagi ;D

sangat home sick walaupun umur dah tak layak di gelar remaja.

berbalik pada isu besok dah start kerja balik.passwords pun dah lupa ni haha.nasib baik ada note kalau harapkan ingatan yang semakin pudar akibat dimamah usia ni [usia jugak yang disalahkan.kesian usia.oh usia tidak berperasaan maka tak apalah hee] memang satu hari besok dok reset passwords je lah nampaknya.

actually 5 minit tadi baru teringat besok turn diri sendiri buat morning briefing.dan sekarang sudah 10.00pm so....JANGAN HARAP AKU NAK PREPARE.besok pagi-pagi buta jumpa boss,buat muka surprised 'eh boss,today's my turn...sorry i terlupa' rasa-rasanya apa boss cakap nanti ek? mari doa besok boss pulak tak masuk office.so senang nak cakap pada yang lain ;D


kesimpulan : jangan sampai boss tau address blogspot ni.sekian.

Sabtu, 18 September 2010

hello, world!!

ya Allah lama betul tak update blog ni.
kalau ikan yang dijemur tengah panas pasti dah kering saat ni
atau mungkin dah mereput
mihahah
dah dapat broadband balik ;)
makanya selepas in boleh update blog bila terasa bosan [tengokkan aje lah]

Jumaat, 21 Mei 2010

mari melawat melaka.jom

selamat malam (sebab saya menulis di saat malam,so selamat malam lah)

sekarang perjalanan kehidupan saya telah berubah secara total.ini kerana (cehh ayat nak macam dalam buku teks) saya telah dipindahkan dari branch muar ke branch kota melaka,dan ini berlaku akibat daripada salah seorang pekerja telah meletakkan jawatan di branch itu,dan pihak pengurusan telah memutuskan yang saya adalah orang yang paling layak untuk mengisi kekosongan itu (blerrrghh sebenarnya memang dah takde orang lain yang boleh ke sana,sebab semua branch dah meet the capacity planning kecuali muar) ok mari stop bercakap dalam keadaan skema semacam orang hafal kamus dewan.

-tarik nafas dan huh~~

so...sekarang saya telah di attached ke branch kota melaka,kesan daripada attachment ni adalah :

1) saya terpaksa bangun awal oh sangat lah awal (isu tido selalunya mendapat priority) contohnya bangun solat subuh dan tak boleh tido balik dah kalau tak confirm terlajak dan sampai lambat.kalau dulu terbangun pukul 8 pun masih bleh steady je pergi kerja.sekarang no oh noo...

2) sampai lewat kerumah SETIAP hari & tak mungkin dapat tengok cerita di tv3 pukul 6.30 tu lagi.nasib baik adamaya dah habis.

3) akan sentiasa juga terlepas menonton noktah erna jam 10.30! sebab dah tak larat lepas solat isyak PASTI akan tido atau pun tertido

4) mengalami sakit-sakit dibahagian kaki sebab terlalu tiap-tiap hari nak kena drive ulang alik muar-melaka-muar. bila badan dah letih,kaki pun sakit..incik iqbal akan jadi mangsa (kesian dia,saya simpati -_-'')

5) akan hanya dapat balik ke rumah emak pada hujung minggu (ni part paling merentap jiwa) kalau dulu boleh bertolak dari rumah emak pada pagi insin dan terus ke office........sekarang tidak lag! T_T ahad malam dah kena balik muar uwaaaaaaaaaaaaaaaaa omak!kakak sayang omak!!

ok dahla tu kot..macam budak baru masuk asrama je kan.banyak masalah.deal with it lah saliza.setelah seminggu ni saya telah agak berjaya mempositivekan minda.

walaupun saya terpaksa pergi ke satu tempat yang saya tak begitu suka,saya mesti bijak adapt dengan environment baru tu untuk menunjukkan saya memang seorang yang professional sebagaimana yang pernah saya katakan semasa temuduga (hah hamek ko dulu cakap bukan main)

lagipun orang kan selalu kata,jauh berjalan luas pandangan.ya,sekarang saya tau yang ada lebih kurang 8 traffic lights saya perlu tempuh kalau nak ke melaka.saya tak pernah tau pun sebelum ni.kan sesuatu yang elok tu kan?

=)