Jumaat, 21 Mei 2010

mari melawat melaka.jom

selamat malam (sebab saya menulis di saat malam,so selamat malam lah)

sekarang perjalanan kehidupan saya telah berubah secara total.ini kerana (cehh ayat nak macam dalam buku teks) saya telah dipindahkan dari branch muar ke branch kota melaka,dan ini berlaku akibat daripada salah seorang pekerja telah meletakkan jawatan di branch itu,dan pihak pengurusan telah memutuskan yang saya adalah orang yang paling layak untuk mengisi kekosongan itu (blerrrghh sebenarnya memang dah takde orang lain yang boleh ke sana,sebab semua branch dah meet the capacity planning kecuali muar) ok mari stop bercakap dalam keadaan skema semacam orang hafal kamus dewan.

-tarik nafas dan huh~~

so...sekarang saya telah di attached ke branch kota melaka,kesan daripada attachment ni adalah :

1) saya terpaksa bangun awal oh sangat lah awal (isu tido selalunya mendapat priority) contohnya bangun solat subuh dan tak boleh tido balik dah kalau tak confirm terlajak dan sampai lambat.kalau dulu terbangun pukul 8 pun masih bleh steady je pergi kerja.sekarang no oh noo...

2) sampai lewat kerumah SETIAP hari & tak mungkin dapat tengok cerita di tv3 pukul 6.30 tu lagi.nasib baik adamaya dah habis.

3) akan sentiasa juga terlepas menonton noktah erna jam 10.30! sebab dah tak larat lepas solat isyak PASTI akan tido atau pun tertido

4) mengalami sakit-sakit dibahagian kaki sebab terlalu tiap-tiap hari nak kena drive ulang alik muar-melaka-muar. bila badan dah letih,kaki pun sakit..incik iqbal akan jadi mangsa (kesian dia,saya simpati -_-'')

5) akan hanya dapat balik ke rumah emak pada hujung minggu (ni part paling merentap jiwa) kalau dulu boleh bertolak dari rumah emak pada pagi insin dan terus ke office........sekarang tidak lag! T_T ahad malam dah kena balik muar uwaaaaaaaaaaaaaaaaa omak!kakak sayang omak!!

ok dahla tu kot..macam budak baru masuk asrama je kan.banyak masalah.deal with it lah saliza.setelah seminggu ni saya telah agak berjaya mempositivekan minda.

walaupun saya terpaksa pergi ke satu tempat yang saya tak begitu suka,saya mesti bijak adapt dengan environment baru tu untuk menunjukkan saya memang seorang yang professional sebagaimana yang pernah saya katakan semasa temuduga (hah hamek ko dulu cakap bukan main)

lagipun orang kan selalu kata,jauh berjalan luas pandangan.ya,sekarang saya tau yang ada lebih kurang 8 traffic lights saya perlu tempuh kalau nak ke melaka.saya tak pernah tau pun sebelum ni.kan sesuatu yang elok tu kan?

=)