20.4.2011
harini terima parcel yang berisi kad jemputan kahwin diri sendiri.sangat weird ok.selama ni dapat kad jemputan kahwin orang je.bila tengok nama sendiri ada atas 'kad jemputan kahwin' terus panic macam ishh siyez ke ni?nape rasa macam takde apa akan berlaku ni? bukan ke perkahwinan tu sesuatu yang akan memberikan impact yang sangat super duper besar dalam hidup?
jadi otak telah membuat kesimpulan : oh mungkin sebab ada banyak masa lagi. so mood tu belum datang.tunggu lah tinggal seminggu lagi nanti.nak makan pun tak lalu.
rasanya dah patut start buat jemputan pada rakan-rakan sahabat handai sesekolah,sebas sekolah, pakcik driver bas dan van sekolah,kawan-kawan sepermainan galah panjang,cop tiang, ting-ting, mak yam kantin sekolah, seuni,sekampung,ishh ramai lagi ni. tapi sebelum bagi kad jemputan tu, kad-kad tu kena lipat dulu ya. so sebelum kad tu boleh sampai kepada rakan-rakan sebab nak melipat+menulis+mengpos akan mengambil masa mungkin doblastahun lagi makanya saya jemput dulu lah guna blog ni.
kepada kawan-kawan yang mungkin terbaca blog ni, saya dengan rendah diri yang sememangnya sudah rendah ini berbesar hati sekiranya kawan-kawan dapat menghadirkan diri ke majlis saya nanti bagi memeriahkan lagi suasana :) *rasa kekok pulak nak invite orang pergi wedding sendiri.terasa plastik pun ada sebab ayat tu bunyi terlalu perfect.weh korang,aku nak kawin ni,nanti datang taw aku belanja nasi bariyani.haaa baru real bahahah*
7 ulasan:
wah.akak da nak kawen ye?congratz!
5jun?wweeee.da dekat ni
ye la sayang..nanti dtg taw,akak bagi kad
eh haritu nampak awak dengan incik nasir awak breakfast kat pasar.ingat nak tegur tapi laju je so taknak kacau the momentum :D hehe
congrats scott... bila tu? anta la kad kat aku.. cam comey je kad ko ni.. kad comey2, canggih manggih... aku simpan.. hahaha..
ko kalo kad x sampai siap ea..dahla mntk adress memalam bute..anyway nice kad kawen la, cute sgt :)
poda : haha takde la canggih mana pun poda cuma design je beriya hehe.ok2 nanti kau pm aku adress eh kat fb pun bole,nanti aku pos
al : haha memang aku sengaja nak kacau kau tido :D ala kad budget je..asal message sampai sudah.nanti aku dah pos aku inform
Congratz in advanced to both of you.. ^^
thanks syaza :) kalau free datang k..nanti buat invitation kat fb tolong tinggalkan address
Catat Ulasan